pUKUL 6.45 pagi sudah kelihatan kelibat peserta termasuk sesetengahnya ‘kaki golf’ menuju ke kaunter pendaftaran Kelab Golf Glenmarie (GGCC), Shah Alam, baru-baru ini. Namun pendaftaran kali ini bukan bertujuan menyertai kejohanan golf seperti lazimnya, tetapi untuk pertandingan memancing yang julung kali dianjurkan oleh GGCC bersempena sambutan ulang tahun ke-25 kelab tersebut. Walaupun pertama kali menganjurkan pertandingan memancing di padang golf lapangan Garden, namun sambutan daripada kaki-kaki pancing termasuk kaki-kaki golf…










