PULAU PINANG 2 Ogos – Kementerian Hal Ehwal Ekonomi akan memastikan negeri ini tidak akan dipinggirkan daripada mendapat manfaat menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang akan dibentangkan nanti. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Pulau Pinang mempunyai kekuatan ekonominya yang tersendiri dan sudah pasti apa juga perancangan yang akan dikemukakan menerusi RMK-12 itu nanti akan mengukuhkan kedudukan ekonomi negeri ini serta negeri lain di utara Semenanjung. “Pulau Pinang adalah…










