ALOR SETAR 30 Ogos – Orang Melayu seharusnya mempertahankan penggunaan dan pembelajaran tulisan Jawi kerana merupakan warisan orang Melayu yang merupakan penduduk asal negara ini. Ahli Jawatankuasa Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, Datuk Shaarani Hasan berkata, tulisan itu pernah digunakan dalam pelbagai urusan rasmi kerajaan suatu ketika dahulu. Katanya yang merupakan pesara guru, malah orang Cina dan India turut menggunakan tulisan itu dalam urusan seharian termasuk surat menyurat dan perniagaan.…










