PETALING JAYA 1 Ogos – NQ Cultural Commercial (NQCC) Sdn. Bhd. akan menganjurkan pertandingan Asia’s Kids Star pada 5 Oktober ini di Kuala Lumpur. Penasihat projek NQCC, Datuk Hassan Saad berkata, program peringkat antarabangsa itu diilhamkan bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China, khususnya dalam melestarikan kebudayaan, kesenian serta adat resam dalam kalangan kanak-kanak. Katanya, Asia’s Kids Star akan mengetengahkan bakat 120 kanak-kanak dalam pelbagai…










