KUALA LUMPUR 1 Ogos – Sejumlah RM6.2 bilion yang ditawarkan kerajaan bagi mengambil alih empat konsesi lebuh raya bertol di Lembah Klang bukan nilai yang muktamad, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ir. Amiruddin Hamzah. Beliau berkata, kerajaan akan melaksanakan proses sewajarnya sebelum memuktamadkan nilai yang sebenar. “Jika proses wajar itu mendapati nilai itu terlalu rendah atau terlalu tinggi, sesuatu perlu dilakukan. Nilai tersebut bukan muktamad,” katanya kepada media selepas perasmian…










