LONDON – Neymar terlepas bonus 2.75 juta pound (RM13.90 juta) gara-gara tidak tercalon dalam senarai akhir Pemain Terbaik Dunia FIFA. Penyerang Brazil itu gagal menempatkan diri dalam senarai 10 pemain, yang menyaksikan Liverpool mendominasi pencalonan menerusi Virgil van Dijk, Sadio Mane dan Mohamed Salah. Menurut akhbar sukan Sepanyol, Sport, kontrak Neymar menyatakan pemain itu akan menikmati habuan lumayan jika berada dalam senarai akhir anugerah Pemain Terbaik Dunia. Biarpun membantu Paris…










