SANDAKAN 23 Ogos – Pasaraya besar Mydin Mohamed Holdings Bhd. yang pertama di Sabah di Sejati Ujana di sini menyediakan ruang jualan khas untuk pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) negeri ini mempromosikan produk mereka di pasaraya terkemuka itu. Pengarah Urusannya Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata inisiatif pasaraya itu juga dapat membantu pengusaha IKS yang menghasilkan produk halal tanpa pensijilan halal meningkatkan keyakinan pengguna Islam terhadap produk mereka…










