Penyertaan parti perjuang kaum India dalam BN tidak jejas MIC - Utusan Malaysia

Penyertaan parti perjuang kaum India dalam BN tidak jejas MIC

M. SARAVANAN (tengah) pada Majlis Mesra Aidilfitri Barisan Nasional Parlimen Tapah di Arena Merdeka Tapah semalam,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Penyertaan parti yang memperjuangkan kaum India dalam Barisan Nasional (BN) tidak menjejaskan kerusi Parlimen MIC pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan berkata, parti seperti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF Malaysia), Kimma, Makkal Sakti dan Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) sebagai Friends of BN pernah bertanding pada PRU15.

Menurutnya, berikutan itu MIC yakin kerusi parti itu tidak akan terjejas pada PRU16.

“Sebelum ini mereka dapat kerusi. Kalau kita lihat pada PRU15, IPF, Kimma, Makkal Sakti dan MUIP semua dapat kerusi untuk bertanding dan niat kita sebagai ‘rumah besar’untuk kejayaan BN secara khususnya.

“Presiden MIC (Tan Sri S.A. Vigneswaran) pun telah umumkan tiada halangan supaya mereka (Friends of BN) diberikan peluang maksudnya kerusi Parlimen MIC masih terjaga,” katanya.

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita pada Majlis Mesra Aidilfitri Barisan Nasional Parlimen Tapah di Arena Merdeka Tapah di Tapah semalam.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Dr. Mohamad Yusri Bakir dan ADUN Chenderiang, Choong Shin Heng.

Saravanan berkata, pimpinan tertinggi MIC akan bermesyuarat bagi memastikan kerusi Parlimen ditandingi pada PRU16 terutama yang berpotensi tinggi untuk menang dalam menghadapi landskap politik negara yang semakin mencabar.

“Keahlian MIC secara dalam talian dan fizikal meningkat setiap bulan dengan bilangan ahli telah mencapai ratusan ribu. Ini membuktikan parti ini sentiasa mendapat sokongan serta menjadi suara masyarakat India.

“Jika diberikan kerusi Parlimen nanti (komposisi kaum pengundi seimbang) kami berpotensi untuk menang,” katanya.

Berhubung ura-ura beliau akan bertanding di Parlimen Sungai Siput pada PRU16 sementara Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran di Parlimen Tapah, Saravanan berkata, perkara itu sekadar spekulasi.

Sebelum ini Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN akan mengekalkan formula agihan kerusi sedia ada pada pilihan raya akan datang dengan beberapa penyesuaian bagi menghargai kesetiaan Friends of BN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN