Israel buka semula penempatan haram Yahudi di Tebing Barat - Utusan Malaysia

Israel buka semula penempatan haram Yahudi di Tebing Barat

PENEMPATAN haram Sa-Nur dibuka semula di Tebing Barat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Menteri-menteri Israel pada Ahad secara rasmi membuka semula Sa-Nur, sebuah penempatan haram Yahudi di Tebing Barat yang diduduki rejim Zionis dan dikosongkan 20 tahun lalu.

Ia menandakan pembukaan semula  itu dengan deklarasi menentang penubuhan negara Palestin dan gesaan untuk menempatkan semula penempatan di Gaza.

Beberapa anggota Kabinet dan ahli Parlimen hadir pada majlis tersebut yang diadakan berhampiran deretan rumah pasang siap berwarna putih di atas sebuah bukit.

Tidak termasuk Baitulmuqaddis Timur, lebih 500,000 penduduk Israel kini tinggal di penempatan Tebing Barat yang dianggap tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa, bersama kira-kira tiga juta warga Palestin.

“Pada hari ini (Ahad), kita meraikan pembetulan bersejarah terhadap pengusiran jenayah jenayah dari Samaria Utara,” kata Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich, menggunakan istilah untuk sebahagian Tebing Barat.

Penduduk Sa-Nur dipindahkan pada 2005 sebagai sebahagian daripada dasar pengunduran Israel yang menyaksikan negara itu menarik balik tentera dan peneroka haram Yahudi dari Semenanjung Gaza.

Dasar tersebut dipromosikan oleh perdana menteri ketika itu, Ariel Sharon, digambarkan sebagai langkah keselamatan yang bertujuang mengurangkan kehadiran awam dan tentera Israel di kawasan padat penduduk Palestin itu.

Kerajaan semasa Israel, yang dianggap paling berhaluan kanan dalam sejarah negara itu, meluluskan pembinaan semula empat penempatan di utara Tebing Barat yang dipindahkan pada 2005.

Pihak berkuasa juga meluluskan 126 unit rumah di Sa-Nur sahaja.

“Kami sedang menghapuskan rasa malu akibat pengunduran itu, menguburkan idea negara Palestin dan kembali membangunkan penempatan Sa-Nur,” kata Smotrich.

Beliau turut menyeru supaya Gaza dijadikan’ tali pinggang keselamatan’ untuk Israel.

Media Israel melaporkan, seramai 16 keluarga berpindah ke penempatan yang dibuka semula itu dalam beberapa hari kebelakangan ini.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN