ALOR SETAR 4 OGOS – Seramai 568 orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Mergong di sini, berjaya menghasilkan Jalur Gemilang sepanjang 120 meter sempena Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-62 peringkat sekolah itu, hari ini. Guru Besarnya, Mohd. Shakib Mohd. Salleh, berkata idea menghasilkan bendera itu dirancang sejak Januari lalu dan mula dilaksanakan sejak empat minggu lalu menerusi bimbingan 80 orang guru. Katanya, kesemua murid terbabit merupakan murid tahap dua iaitu…









