Muhammad Naja doakan kesejahteraan Najib - Utusan Malaysia

Muhammad Naja doakan kesejahteraan Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melepaskan peluang menerima kunjungan insan istimewa seorang hafiz cilik yang lumpuh otak, Muhammad Naja Huda Afifurrohman Al-Hafiz, 9, di kediamannya, di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini, semalam.

Timbalan Presiden Kelab Pendokong Penyatuan Ummah Malaysia (KPPUM), Zamil Ibahim berkata, sesi pertemuan itu diadakan hasil kerjasama antara KKPUM dengan Syabab Care Malaysia atas permintaan beliau dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor untuk bertemu dan bermesra dengan kanak-kanak istimewa tersebut.

“Adik Muhammad Naja telah melakukan siri lawatannya di Malaysia dan selepas bertemu dengan Presiden Pas, Datuk Seri Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Najib pula memohon izin untuk mengambil peluang bermesra dengan kanak-kanak berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi, secara kebetulan beliau mengadakan program meraikan kira-kira 30 pelajar tahfiz sekitar Kuala Lumpur, beliau menjemput Muhammad Naja untuk bersama-sama dalam majlis itu untuk bermesra dan berjumpa dengannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

Zamil menambah, dalam majlis tersebut, Najib serta tetamu yang hadir berkesempatan mendengar alunan bacaan al-Quran oleh kanak-kanak tersebut selain menguji kecekapannya dalam mengingat surah dan ayat dalam 30 juzuk al- Quran.

“Meskipun dia mengalami kekurangan, namun masih lagi mampu untuk memhafaz ayat al-Quran dengan baik dan sekarang dia dalam usaha untuk menghafal setiap makna dalam ayat-ayat al-Quran.

“Dalam pertemuan itu juga, adik Muhammad Naja turut mendoakan kesejahteraan kepada Najib sekeluarga atas ujian yang menimpa beliau,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini