MU bayar hampir setengah bilion untuk Maguire - Utusan Malaysia

MU bayar hampir setengah bilion untuk Maguire

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Manchester United bersetuju untuk membayar 85 juta pound (RM431.22 juta) iaitu rekod baharu buat Red Devils bagi mendapatkan tonggak pertahanan Leicester City, Harry Maguire.

Maguire, 26, bersedia menjadi pertahanan termahal dalam sejarah bola sepak selepas kedua-dua kelab mencapai persetujuan mengenai yuran perpindahan hari ini.

Bek tengah England itu juga akan mengatasi rekod pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk yang menyertai Reds dari Southampton dengan harga 75 juta pound (RM380.49 juta) pada 2018.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut akhbar Britain, The Telegraph, Maguire dijangka melengkapkan perpindahannya ke Old Trafford dalam tempoh 48 jam selepas menjalami ujian perubatan.

Maguire menjadi pembelian ketiga United pada musim panas ini selepas Aaron Wan-Bissaka dan Daniel James. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini