KUALA LUMPUR 3 Ogos – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengesahkan menerima aduan dari pekerja di Hond Tat Industries Sdn. Bhd. (Hond Tat) berhubung memo larangan solat bagi umat Islam sewaktu bekerja. Presiden MTUC, Abdul Halim Mansor berkata, seorang pekerja Hond Tat telah menghubunginya pada 30 Julai lalu dan bertanya tentang hak pekerja berhubung waktu solat. Katanya, pada keesokan hari beliau menerima gambar memo yang menyatakan pekerja tidak dibenarkan sembahyang…










