MR.D.I.Y. tawar Promosi Poket Selamat 5 dengan diskaun sehingga 30 peratus - Utusan Malaysia

MR.D.I.Y. tawar Promosi Poket Selamat 5 dengan diskaun sehingga 30 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Ogos – MR.D.I.Y. menganjurkan kempen Promosi Poket Selamat 5 sepanjang Ogos bagi membolehkan para pelanggan menikmati penjimatan sehingga 30 peratus sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-62 negara dengan penuh keceriaan.

–

Naib Presiden Pemasaran MR.D.I.Y., Andy Chin berkata, bermula 1 hingga 31 Ogos, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana cawangan peruncit perkakas rumah terbesar negara ini atau kedai dalam taliannya di www.mrdiy.com.my bagi 40 produk yang mendapat permintaan tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, ia meliputi lapan kategori iaitu Perkakasan, Isi Rumah, Barangan Elektrik, Aksesori Kereta, Kelengkapan dan Perhiasan, Alat Tulis dan Sukan serta Mainan dan Aksesori Komputer.

“Antara produk yang diberikan diskaun termasuk barangan keperluan rumah seperti botol air, mop putar dan tuala mandi, dan keperluan penambahbaikan rumah termasuk rak kasut empat tingkat, kusyen dan cadar katil saiz ratu.

“Ini merupakan kali kelima kami mengadakan kempen ini sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia kami,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pemilihan produk untuk kempen Promosi Poket Selama dibuat berdasarkan nilai dan kualiti produk yang tinggi.

Kebanyakan produk itu juga merupakan produk jualan terbaik dan laris yang diminati oleh sebahagian besar pelanggan MR.D.I.Y. di seluruh Malaysia.

Beliau berkata, MR.D.I.Y. berpegang kepada janji jenama dan slogan syarikatnya ‘Always Low Prices’ dengan sentiasa mengutamakan pelanggan dan menggunakan model perniagaan inovatif yang fleksibel serta menawarkan pelbagai pilihan produk berkualiti tinggi dan memberi lebih nilai untuk wang.

“Peruncit perkakas rumah ini berkhidmat kepada lebih daripada tujuh juta pelanggan sebulan yang mengunjungi cawangannya (lebih 500 setakat ini) di seluruh Malaysia dan juga menerusi kedai dalam talian,” katanya.

Manfaatkan kempen Promosi Poket Selamat 5 dengan mengunjungi cawangan MR.D.I.Y. terdekat hari ini atau layari www.mrdiy.com.my untuk membeli dalam talian, dan lawati laman Facebook (@mrdiy2u) atau Instagram (@mrdiy2u) untuk maklumat lanjut.

Habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini