LANGKAWI 1 Ogos – Kakitangan kerajaan termasuk anggota penguat kuasa yang terlibat dengan masalah penyalahgunaan dadah yang serius disaran mengikuti modul rawatan khas yang dilaksanakan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, modul tempat kerja bebas dadah itu telah lama diperkenalkan dan berjaya memulihkan ramai golongan berkenaan termasuk kakitangan swasta. “Berdasarkan operasi yang dijalankan sebelum ini, kita telah mengenal pasti beberapa pegawai penguat kuasa termasuk…









