Misil baharu Houthi ancam Arab Saudi - Utusan Malaysia

Misil baharu Houthi ancam Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANAA 3 Ogos – Pemberontak Houthi Yemen memperkenalkan misil jarak jauh terbaharunya, Borkan 3, semalam langkah dipercayai mampu mengubah situasi perang antara kumpulan itu dan Arab Saudi.

Peluru berpandu jenis scud dan mampu mengelak daripada dikesan radar itu dilapor mampu mencapai sasaran sejauh 1,300 hingga 1,800 kilometer dan mampu menyerang mana-mana sasaran tentera dan ekonomi Arab Saudi.

Ini sekali gus mendedahkan bahaya kepada Arab Saudi yang ketika ini menjadi tuan rumah kepada jutaan jemaah haji.

Memuatkan artikel berkaitan…

Press TV melaporkan, Jurucakap Houthi, Brigadier Jene­r­al Yahya Saree berkata, Borkan 3 berjaya dilancarkan dari sebuah lokasi rahsia kelmarin dan mengenai tapak tentera di Dammam, Arab Saudi.

“Misil itu menjalani beberapa ujian dan mampu mengenai sasaran yang lebih jauh di Arab Saudi,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang merupakan sekutu utama tentera perikatan diketuai Arab Saudi didakwa mengundurkan tenteranya dari Yemen berdasarkan ke­simpulan perang itu ‘tidak dapat dimenangi’.

New York Times melapor­kan, UAE mengeluarkan kenya­taan itu semasa taklimat bersama ­pe­ng­­analisis Barat, bulan lalu.

Sejak beberapa bulan lalu, Abu Dhabi secara terbuka mendakwa mereka sedang mengundurkan tenteranya di Yemen secara berperingkat.

Berdasarkan laporan awal, Abu Dhabi memberi beberapa alasan termasuk soal keselamatan domestik dan soko­ngan kepada usaha damai ditaja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Malah, ketega­ngan di Teluk Parsi antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) awal tahun ini, mendorong UAE memastikan pasukan ke­selamatan dan kelengkapannya dalam kea­daan bersiap siaga.

Namun New York Times tidak merujuk laporan mereka kepada mana-mana pegawai kerajaan UAE. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini