KUALA LUMPUR 2 Ogos – Maxis Bhd. merekodkan keuntungan selepas cukai denormalisasi berjumlah RM391 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2019, susut 3.2 peratus daripada RM404 juta yang dicatatkan suku sebelumnya. Syarikat telekomunikasi itu berkata, perolehan perkhidmatannya meningkat 0.6 peratus kepada RM1.89 bilion berbanding RM1.87 bilion dipacu oleh prestasi asas yang mantap. Katanya, perolehan perkhidmatan secara keseluruhan termasuk segmen borong yang direkodkan pada suku tersebut berada pada paras RM1.92 bilion.…










