Marquez raih petak pertama - Utusan Malaysia

Marquez raih petak pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRNO, Republik Czech – Kemampuan menguasai perlumbaan dalam keadaan cuaca yang berubah-ubah membolehkan juara dunia lima kali, Marc Marquez menyambar petak pertama perlumbaan MotoGP pada Grand Prix Czech sebentar tadi.

Penunggang Honda dari Sepanyol itu berjaya menyamai rekod legenda MotoGP Australia, Mick Doohan yang meraih petak depan baut kali ke-58.

Marquez, 26, bertukar kepada tayar ‘slick’ menuju ke beberapa pusingan terakhir dan enggan menukar tayar apabila hujan kembali membasahi trek Automotodrom Brno.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tindakan berani itu membolehkan juara dunia lima kali tersebut menamatkan saingan dengan masa terpantas 2 minit, 2.753 saat – 2.524s mengatasi pelumba Australia, Jack Miller (Ducati) yang mengkori di tempat kedua manakala pelumba KTM, Johann Zarco dari Perancis di kedudukan ketiga.

Ini adalah petak depan keenam buat Marquez musim ini, sekali gus meletakkannya pada landasan terbaik untuk memburu kemenangan di Brno.

Selepas memenangi lima daripada sembilan perlumbaan pertama musim ini, Marquez kini mengatasi pelumba Itali yang juga juara Grand Prix Czech tahun lalu dengan kelebihan 58 mata dalam kejuaraan dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini