KUALA LUMPUR – Skuad Malaysian Tigers diseru melakukan jaringan awal daripada setiap gerakan taktikal yang dcipta ketika berdepan pasukan No. 11 dunia, Ireland dalam aksi kedua Kejohanan Hoki Jemputan Empat Negara di Terrassa, Sepanyol, esok. Ketua jurulatih Roelant Oltmans berkata, walaupun bangkit untuk mengejutkan tuan rumah, Sepanyol 4-3, pada perlawanan pembukaan, semalam, namun pasukan negara terlepas banyak peluang jaringan yang diperoleh terutama pada suku ketiga perlawanan. “Kami bermain dengan amat…










