KUALA LUMPUR 2 Ogos — Malaysia mencatatkan lebihan dagangan sebanyak RM10.26 bilion pada Jun 2019 iaitu 71 peratus lebih tinggi berbanding pada bulan yang sama tahun sebelumnya dan merupakan lebihan dagangan bagi bulan ke-260 berturut-turut sejak November 1997.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, bagi asas bulan ke bulan negara mencatatkan pertumbuhan duan angka dalam lebihan dagangan sebanyak 13.1 peratus, manakala jumlah dagangan, eksport dan import masing-masing merosot sebanyak 10.8 peratus, 9.5 peratus dan 12.2 peratus.
Bagaimanapun katanya, dagangan Malaysia pada Jun menguncup sebanyak enam peratus daripada bulan yang sama pada 2018 kepada RM142.08 bilion.
“Eksport menurun sebanyak 3.1 peratus kepada RM76.17 bilion, dengan import 9.2 peratus lebih rendah pada RM65.91 bilion,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE











