Malaysia B-15 kekal rekod bersih - Utusan Malaysia

Malaysia B-15 kekal rekod bersih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Malaysia terus mengekal rekod bersih tanpa kalah dalam Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Bawah 15 Tahun selepas seri 1-1 dengan Laos dalam perlawanan keempat saingan Kumpulan B di Chonburi, Thailand, hari ini.

Skuad bimbingan P. Maniam kini mengumpul 10 mata dan hanya memerlukan seri dengan Thailand pada akhir terakhir peringkat kumpulan, Isnin ini untuk melangkah ke separuh akhir.

Dalam aksi itu, skuad negara terlebih dahulu dikejutkan dengan gol awal Laos pada minit ke-33 menerusi jaringan Thipphachan Khambai One.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, Malaysia berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-80 menerusi jaringan sendiri pemain Laos, Vongsakda Chanthaleuxay.

Bekas jurulatih Selangor itu, mengakui sukar untuk anak buahnya menembusi barisan pertahanan lawan selepas Laos memperagakan corak bertahan namun dia tetapi memuji komitmen yang diberikan pemainnya.

“Perlawanan hari ini, pemain bekerja keras dan mencipta beberapa peluang untuk menjaringkan gol tetapi gagal menghasilkan gol, sebaliknya kami dihukum dengan serangan balas pantas pasukan lawan pada babak pertama.

“Babak kedua, kita membuat beberapa pertukaran dan berjaya memperolehi gol penyamaan. Bukan mudah untuk kita menembusi pasukan yang bermain secara bertahan. Apa pun saya berpuas hati dengan persembahan pemain saya,” kata P.Maniam.

Sebagai rekod, skuad negara yang muncul juara Kejohanan Bolasepak Remaja Antarabangsa Haikou di China membuka kempen dengan kemenangan besar 8-0 ke atas Brunei sebelum menewaskan Kemboja 2-0 pada aksi kedua dan mengejutkan Australia 3-0. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini