KOTA BHARU 2 Ogos – Hanya kerana menerima panggilan mendakwa dia mempunyai tunggakan kad kredit selain dituduh bersubahat dalam aktiviti pengubahan wang haram, seorang guru lelaki kerugian RM20,450 dalam kejadian di Wakaf Bharu, Tumpat, Selasa lalu. Kejadian berlaku ketika mangsa berusia lewat 40-an berada di rumahnya kira-kira pukul 11 pagi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Ahmad Azizul Mohamed berkata, suspek pada mulanya memberitahu mangsa gagal hadir perbicaraan di…










