Liverpool jangan leka - Klopp - Utusan Malaysia

Liverpool jangan leka – Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL – Jurgen Klopp mengingatkan pemain Liverpool jangan terleka dengan gelaran sebagai juara kelab Eropah dalam memulakan kempen memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan menentang Manchester City dalam aksi Perisai Komuniti di Wembley malam esok.

Pengendali dari Jerman itu mahu anak buahnya belajar bagaimana untuk mengendalikan status tersebut tanpa sebarang tekanan kerana mengakui pasukannya kini sentiasa diawasi rapi perkembangan mereka oleh pasukan lain.

Dalam waktu sama, Klopp tetap menaruh keyakinan pemain bintangnya tidak termakan umpan tersebut sebaliknya kekal fokus di sebalik perhatian istimewa yang bakal dihadapi sepanjang musim baharu itu nanti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika anda menang sesuatu, semua orang akan beri perhatian pada anda. Mulanya ucapan tahniah kemudian satu demi satu masalah akan timbul dalam pelbagai cara akibat terlalu mendapat perhatian.

“Dari satu segi ia bagus tetapi ia akan buat anda leka. Jadi saya mahu kami benar-benar fokus untuk musim baharu nanti. Ini penting dan kami akan belajar daripadanya. Tiada buku yang boleh dibaca untuk belajar ini. Anda kena kendalikannya sendiri melalui pengalaman,” tegasnya.

Liverpool dijangka akan turun tanpa Sadio Mane yang masih berehat daripada tugas antarabangsa bersama pasukan Senegal di Piala Negara Afrika baru-baru ini. Bagaimanapun bintang seperti Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Alisson Becker sudah sedia digunakan khidmat mereka.

Dengan kali terakhir Liverpool menjuarai Perisai Komuniti ialah pada 2006, Klopp berharap skuad bimbingannya mampu menyinar untuk menghalang City daripada kekal membawa pulang trofi tersebut. – AFP

ESOK

PERISAI KOMUNITI

Liverpool lwn Man. City

(Siaran langsung di Astro 816, 9.45 malam)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×