LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui pasukannya perlu dilabelkan sebagai ‘underdog’ pada aksi Piala Perisai Komuniti menentang juara Liga Perdana England (EPL) musim lalu, Manchester City di Stadium Wembley malam ini. Kata Klopp, status skuad kendalian Pep Guardiola sebagai juara bertahan sudah cukup membuktikan bahawa mereka layak digelar pasukan pilihan meskipun anak-anak buahnya memiliki rekod selaku juara Eropah musim lalu. “Saya akui pernah menewaskan Guardiola pada aksi pembuka tirai…










