KUALA LUMPUR 3 Ogos – Penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Lembah Pantai di sini mempersoalkan tahap keselamatan dan kualiti penyelenggaraan lif yang dilakukan oleh kontraktor dilantik memandangkan kemudahan di kawasan mereka itu kerap mengalami kerosakan. “Ibarat pagi datang servis, petang rosak semula,” itu luahan penduduk yang mendakwa masalah lif di kediaman tersebut berpunca daripada kelemahan aspek penyelenggaraan termasuk pemantauan dan semakan oleh pihak berwajib terutama Dewan Bandaraya Kuala…










