KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri yang terperangkap dalam kejadian lif terhempas di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, di sini semalam menyifatkan pengalaman yang dilalui itu seperti dalam filem aksi yang cukup menakutkan. Bukan sahaja terpaksa menempuh pengalaman ngeri ketika lif yang dinaiki bersama enam lagi mangsa menjunam dari tingkat lima, mereka kemudian terperangkap selama kira-kira 15 minit sebelum dapat dikeluarkan. Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, Noorhasliza Jamaluddin, 34,…










