KUALA LUMPUR 3 Ogos – Kejadian lif terhempas dari tingkat lima Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di sini semalam disifatkan luar biasa berdasarkan rekod penyelenggaraan yang lengkap. Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dalam lawatannya hari ini menyifatkan insiden berkenaan tidak sepatutnya berlaku dan siasatan mengenainya perlu dilakukan secara teliti. Beliau berkata, walaupun hanya ditukar pintu yang kerap rosak, usia lif yang berfungsi sejak 2007 itu tidak terlalu lama jika…










