KUALA LUMPUR 4 Ogos – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL) akan menggunakan lif yang tahan lasak bagi pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) baharu pada masa akan datang. Cadangan tersebut dikemukakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dalam satu perjumpaan bersama sembilan syarikat yang bertanggungjawab menyelenggara 528 unit di semua PPR dan Perumahan Awam (PA). Nor Hisham memberitahu, antara lif tahan lasak yang dicadangkan itu adalah…










