GUA MUSANG 3 Ogos – Seorang lelaki warga Thailand ditemukan maut dengan keadaan perutnya terburai akibat dikisar mesin lombong bijih besi di Kampung Aring 5, di sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 petang, mangsa, Roheemee Da-oh, 48, bekerja sebagai buruh lombong itu dipercayai tergelincir lalu terjatuh dalam palong membersih bijih besi. Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang melakukan kerja-kerja berhampiran…










