GUA MUSANG – Seorang lelaki warga Thailand ditemui maut dengan keadaan perutnya terburai akibat dikisar mesin lombong bijih besi di Kampung Aring 5, di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 1.15 petang, mangsa, Roheemee Da-oh, 48, bekerja sebagai buruh lombong itu dipercayai tergelincir lalu terjatuh dalam palong membersih bijih besi. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang melakukan…










