Lelaki Myanmar maut dikelar - Utusan Malaysia

Lelaki Myanmar maut dikelar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dengan kesan kelar pada leher di ruang dapur sebuah kedai membuat kuih pau di Taman Bunga Raya di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat dipercayai mangsa bunuh itu kira-kira pukul 2.44 petang tadi.

“Polis yang pergi ke lokasi kejadian menemui mayat seorang lelaki warga asing disyaki Myanmar terbaring di bahagian dapur kedai dengan kesan kelar pada leher,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata beliau, sebilah pisau pemotong daging dengan kesan darah ditemui di tepi kipas di ruang dalam hadapan kedai.

“Kita percaya pisau pemotong daging itu digunakan dalam kejadian tersebut,” ujarnya.

Menurut Adzli, susulan kejadian itu, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki warga Myanmar yang disyaki terlibat dalam kejadian bunuh itu di Stesen Bas Sungai Petani kira-kira pukul 4.15 petang tadi.

“Suspek berusia lingkungan 30-an itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini