Lelaki maut kereta dinaiki terlibat kemalangan tiga kenderaan - Utusan Malaysia

Lelaki maut kereta dinaiki terlibat kemalangan tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR – Seorang lelaki maut selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 31, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Kuala Dipang di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 7 pagi itu, mangsa, Dwewin John, 22, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kampar di sini.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, siasatan awal mendapati Proton Iswara dinaiki mangsa bersama dua individu lain sedang dalam perjalanan dari Ipoh menghala ke Kuala Lumpur.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiba di tempat kejadian, Proton Iswara yang dipandu adik mangsa berusia 20 tahun itu dipercayai masuk ke laluan bertentang kerana mengantuk sebelum bertembung dengan sebuah kereta jenis Honda City.

“Sebuah van yang berada di belakang Honda City pula turut merempuh belakang Proton Iswara berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Hasron Nazri, semua lima mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kampar namun Dwewin John disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital itu pada pukul 9 pagi.

“Tiga pemandu kenderaan tersebut telah diambil darah bagi tujuan pengesanan alkohol dan dadah di dalam badan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini