IPOH – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM100,000 bagi mendapatkan projek melombong pasir sekitar negeri Perak empat tahun lalu. Tertuduh, Abdul Munif Ali, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa meminta suapan sebanyak RM10,000 daripada Rashid Mat Desa, 47, sebagai dorongan untuk dirinya…










