CELAYA 3 Ogos – Lelaki bersenjata menyerbu sebuah balai polis sebelum membunuh lima tahanan di sentral Mexico, semalam. Jurucakap Suruhanjaya Keselamatan Negara, Juan Jose Martinez berkata, kumpulan tersebut melepaskan tembakan terhadap lima lelaki tidak dikenali dalam sel lokap di balai polis Guanjuanto. Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan mengapa mangsa-mangsa telah ditahan. – AFP










