MELAKA – Lebih 30,000 orang berhimpun bagi menyaksikan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dataran Pahlawan, Banda Hilir di sini malam ini. “Bapa Pemodenan Malaysia” itu tiba pada pukul 8.45 malam dan disambut dengan persembahan ‘Selamat Datang’. Majlis bertemakan “Sayangi Malaysiaku: Malaysiaku Bersih’ itu dimulakan dengan ucapan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan…










