MEKAH 4 Ogos – Lebih 1.5 juta jemaah telah tiba di Arab Saudi melalui lapangan terbang, pelabuhan dan pengangkutan darat, menurut laporan statistik terbaru kerajaan Arab Saudi. Direktorat Pasport Umum Arab Saudi dalam satu kenyataan menyatakan jumlah jemaah yang tiba menggunakan penerbangan adalah 1,412,894 juta, jalan darat 86,359 jemaah dan 16,848 tiba melalui perjalanan laut. Sementara itu, menurut Tabung Haji, penerbangan terakhir jemaah haji Malaysia dijangka tiba di Lapangan Terbang…










