BEIJING 30 Ogos – China semalam memaklumkan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte bahawa pendirian negara itu ke atas Laut China Selatan adalah bukan untuk dirundingkan. China yang menuntut kebanyakan kawasan perairan bertindih itu termasuk berhampiran pantai Filipina menolak keputusan tribunal bahawa tuntutan Beijing ke atas Laut China Selatan dibuat tanpa asas perundangan. Jurucakap Duterte berkata, semasa pertemuan antara pemimpin Filipina itu dan Presiden China, Xi Jinping semalam, Jinping mengulangi pendirian Beijing…










