KUALA LUMPUR – Pelari pecut negara Khairul Hafiz Jantan semakin menghampiri masa kelayakan ke Sukan SEA Filipina bagi acara 100 meter selepas merekodkan 10.50 saat pada Kejohanan Olahraga Terbuka Kuala Lumpur ke-32, hari ini. Masa kelayakan ke Sukan SEA bagi acara 100m adalah 10.43s. Pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil itu, Khairul Hafiz yang mewakili Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) meraih pingat emas diikuti…










