Larang solat: Kilang nafi keluarkan memo - Utusan Malaysia

Larang solat: Kilang nafi keluarkan memo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 1 Ogos – Sebuah kilang beg plastik di Taman Perindustrian Sungai Kapar yang dikaitkan dengan memo larangan dan denda jika pekerja Islamnya bersolat menafikan ada berbuat demikian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd. Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar berkata, kilang tersebut menafikan selepas pihaknya menghubungi syarikat berkenaan untuk pengesahan.

Sehubungan itu, Mohd. Fakhrulrazi meminta syarikat terbabit melaporkan kepada pihak polis sekiranya penularan memo bertarikh 30 Julai tersebut yang lengkap dengan kepala surat dan alamat kilang merupakan satu sabotaj.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebaik memo itu tersebar di media sosial, wakil saya telah menghubungi syarikat itu dan dimaklumkan ia tidak benar.

“Saya berjanji tidak akan mendiamkan diri sekiranya perkara ini terjadi kerana ia menafikan hak umat Islam di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Utusan Malaysia pagi ini melaporkan memo dalam dwi bahasa tersebut menimbulkan kemarahan banyak pihak.

Kandungan memo tersebut adalah:

“Pihak pengurusan ingin memaklumkan kepada semua pekerja bahawa tidak dibenarkan pergi solat pada waktu bekerja kecuali pada waktu makan tengah hari sahaja.

“Dengan serta-merta jika didapati melanggar arahan, akan dikenakan denda sebanyak RM500 untuk setiap kali kesalahan,”. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini