Masalah jerebu yang kini mula melanda negara kita perlu ditangani secara komprehensif oleh semua pihak termasuk meningkatkan kerjasama dengan negara jiran bagi mengurangkan jumlah ‘hotspots’ yang disebabkan oleh kebakaran hutan dan pembakaran terbuka. Pihak berkuasa terutamanya Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) perlu meningkatkan aspek pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang bagi memastikan tiada pembakaran terbuka dilakukan di dalam negara. Berdasarkan pemerhatian saya sendiri di Lembah Kelang, pembakaran…










