KUALA LUMPUR – Menjadi sandaran tunggal Malaysia dalam separuh akhir Kejohanan Skuasy Remaja Dunia nyata cabaran yang berat untuk dipikul oleh Aifa Azman apabila langkahnya tersekat hari ini. Aifa, 17, bagaimanapun menunaikan janjinya untuk memberi tentangan terbaik kepada Jana Shiha sebelum tunduk 12-10, 12-14, 11-2, 14-16, 7-11 kepada pilihan kedua dari Mesir itu dalam pertarungan sengit di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil. Kekalahan juara remaja Terbuka Britain itu bermakna tiada…










