KUALA LUMPUR – Masih segar dengan kejayaan muncul juara Piala FA minggu lalu, Kedah sedikit pun tidak menunjukkan tanda-tanda keletihan apabila menumpaskan Negeri Sembilan 3-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan A, Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sebentar tadi. Jaringan Fernando Rodriguez seawal minit keempat, diikuti jaringan Shakir Hamzah (minit ke-74) dan sepakan penalti yang disempurnakan Jonatan Bauman, minit ke-83 memberi tiga mata berharga buat Lang Merah. Biarpun tuan…










