KUALA LUMPUR 3 Ogos – Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail ditamatkan perkhidmatannya, tidak sampai setahun selepas dilantik atas sebab yang tidak dijelaskan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik. Difahamkan tempoh perkhidmatan Syed Razlan dipendekkan ketika beliau sedang menyiasat dakwaan salah laku melibatkan pihak pengurusan tertinggi universiti. Pemecatan Syed Razlan dimaklumkan kepada beliau melalui sepucuk surat bertarikh 17 Julai yang ditandatangani oleh…










