KUALA LUMPUR 3 Ogos – Kementerian Pembangunan Usahawan terus komited dalam membangun dan mengukuhkan ekosistem keusahawanan negara daripada segenap segi selaras dengan hasrat Dasar Keusahawanan Negara 2030 (DKN2030). Menterinya, Datuk Seri Redzuan Mohd. Yusof berkata, antara aktiviti susulan berkaitan dasar tersebut termasuklah penganjuran Minggu Keusahawanan Nasional 2019 (MUN2019) yang julung kali akan diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) Selangor, dekat sini bermula 29 Ogos hingga 1 September depan.…










