MELAKA – Kerajaan negeri kini sedang giat mempersiapkan lokasi bagi pelancaran sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 yang dijadual malam esok di Dataran Pahlawan, Banda Hilir. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, persiapan majlis yang dijadual dirasmikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berjalan lancar dan mendapat kerjasama serta komitmen daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk Jabatan Penerangan dan agensi kerajaan negeri. Beliau berkata, sebanyak 25 ruang pameran disediakan sepanjang…










