SABAK BERNAM – Semua pemimpin dan ahli UMNO diingatkan mengetepikan sebarang perbezaan pendapat dan pandangan masing-masing terhadap usaha penyatuan parti itu dengan Pas. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penyatuan itu memerlukan iltizam dan komitmen semua ahli parti itu bagi memastikan gabungan UMNO dan Pas serta rakan komponen BN lain mampu merampas semula Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-15. “Kita telah bertunang dengan Pas. Sifat orang bertunang…










