MUNICH – Pengendali Bayern Munich, Niko Kovac menyifatkan pasukannya banyak melakukan kesilapan semasa tewas kepada Borussia Dortmund dalam aksi DFL Supercup dan jelas dia tidak berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan. Dortmund merangkul kejuaraan itu selepas menang 2-0 menerusi jaringan Paco Alcacer dan Jadon Sancho sekali gus menghalang Bayern daripada merangkul trofi itu buat kali keempat berturut-turut. Thiago Alcantara melorongkan bola kepada Sancho yang kemudiannya melakukan hantaran untuk disudahkan Alcacer…










