JOHOR BAHRU – Kerosakan mekanikal dipercayai punca menyebabkan helikopter Nuri terhempas ketika melakukan pendaratan cemas di Kem Gubir, Sik, Kedah petang semalam. Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tan Sri Affendi Buang berkata, masalah mekanikal yang dikesan pada peringkat awal berlaku pada bahagian rotor kipas helikopter berkenaan. Menurutnya, rotor kipas dipercayai tidak dapat mengekalkan kelajuannya sekaligus menyebabkan pesawat kekurangan tenaga untuk terbang lebih tinggi. “Buat masa ini kita masih belum…










