KUALA LUMPUR 3 Ogos-Kerja pembaikan paip pecah di KM 6.6, Lebuhraya Persekutuan terpaksa dilanjutkan berikutan kerosakan dan situasi sukar dihadapi di kawasan tapak berkenaan. Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, berikutan itu sasaran masa kerja pembaikan siap pada pukul 12 tengah malam tadi tidak dapat dicapai dan proses berkaitan terpaksa diteruskan. Menurutnya, lokasi paip pecah tersebut berada pada kedalaman…










