SHAH ALAM 4 Ogos – Kerajaan Selangor tidak lepas tangan dalam membaiki infrastruktur dan kemudahan awam di kawasan pangsapuri kos rendah dan pangsapuri sederhana rendah, di negeri ini. Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata ia termasuklah membabitkan penyelenggaraan lif di kawasan perumahan berkenaan. “Sebab itu di Selangor kita ada program Ceria (Skim Baik Pulih Negeri Berkebajikan), menerusi program ini kita akan menggantikan dan memperbaiki lif terutamanya membabitkan kawasan perumahan kos…










